
Sulit
4 tahun
Haid selepas bersama adakah saya mengandung
saya wanita umur 24 tahun dah sudah berkahwin . saya berhubungan dengan suami pada 13 mac dan saya kemudian mengalami tanda tanda mengandung pada 25 mac besertakan garis hitam di perut tetapi saya mengalami haid pada 14 june selama 7 hari dan kembali mengalami tanda tanda kehamilan selepas haid . keputusan masih lagi negative . apakah saya mengandung atau tidak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak pasti mengenai gejala mengandung yang anda alami oleh itu saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Cara paling mudah untuk menentukan kehamilan adalah dengan melakukan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT). Sekiranya keputusan menunjukkan negatif besar kemungkinan anda tidak hamil. Tambahan pula, anda telah datang haid. Maka keberangkalian untuk anda hamil adalah nipis. Oleh yang demikian, gejala yang anda hadapi mungkin merujuk kepada masalah lain.
Akan tetapi, untuk makluman anda terdapat beberapa situasi di mana keputusan UPT menunjukkan negatif walaupun anda mengandung
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.