
Sulit
4 tahun
Haid selepas seminggu
Hai doktor. Saya berumur 32tahun dan mempunyai seorang anak berumur 2tahun 10bulan. Tahun lepas pd 3nov2019 sy telah menjalani pembedahan pembuangan tiub filopio kerana ectopic pregnancy. Pd 26/10/2020-31/2020 sy telah datang haid tapi hanya sedikit2. Tidak seperti selalunya keluar darah banyak pd hari pertama dan kedua. Dan semalam 8/11/2020 selepas seminggu dari tarikh habis period, sy didatangi period lagi. Kali ni seperti regular period sy. Buat pengetahuan doktor, sy mempunyai anxiety. Dan sejak kebelakangan ini memang sy ada stress kerana work from home. Adakah ini masalah hormon atau sesuatu yg perlu sy bimbangkan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!