
Sulit
5 tahun
Haid selepas setahun menyusu anak
Saya berumur 28 tahun. Saya baru datang haid semula selepas 1 tahun 6 bulan saya menyusukan anak. Sekarang saya ada masalah datang haid dalam 2 kali sebulan. Saya merancang untuk hamil lagi tapi haid saya jadi tidak teratur dan saya susah untuk kira waktu sbur saya. Bagaimana untuk saya hamil lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh menggunakan kaedah mengukur suhu badan untuk menentukan waktu subur anda. Suhu badan anda biasanya meningkat dalam 0.5-1.9 darjah Celsius semasa ovulasi. Oleh itu, anda harus mencatat suhu badan anda setiap hari untuk sekurang-kurangnya 2 bulan bagi mencari corak suhu badan anda. Selain itu, anda boleh juga melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk meningkatkan kemungkinan anda untuk hamil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.