
Sulit
4 tahun
Haid sikit dan berpanjangan , dekat dua bulan datang haid berpanjangan
Saya wanita 20an , saya tak tahu kenapa ,selalunya mmg haid tidak teratur , tapi masa 4,5,2020 tu saya datang haid smpai sekarang tida berhenti , saya sudah pergi ke klinik , saya bagitahu yang saya datang haid berpanjangan, doc buat scan , tapi dia cakap semua okey xde ketumbuhan atau apa2 , rahim pun okey , a, datang haid berpanjangan tapi sedikit2 , tp jika saya buat senaman atau jog , dia akan keluar bnyak dari hari2 sye xbuat senaman , , macam mana saya haru doctor ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka teruskan usaha anda untuk bersenam. Amalkan oemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.