
Sulit
4 tahun
Haid sikit dan lama selepas berhenti makan pil perancang
Hai doktor.
Sejak 2014, sy ambil pil perancang jenis 28 biji ( lupa nama pil.
Namun pada 2018, saya telah berhenti kerana saya merancang untuk mengandung. Bulan 10 / 2018 tu juga saya mengandung dan keguguran.
Pd hujung tahun 2018 saya ambil semula pil tersebut.
Pada April 2020, saya mula keluar spotting ( sedikit darah) pada minggu kedua selepas period yang sepatutnya. Keadaan berlarutan sehingga bulan April 2021.
Pada november 2020, doktor sakit puan mencadangkan saya bertukar pil peramcang ke jenama minipil kerana menurut beliau, spotting yg saya alami mgkn akibat terlalu lama memgambil pil perancang.
Baru-baru ini ( 14/4/2021) saya terlupa makan pil selama beberapa hari. Oleh kerana itu, saya tidak makan pil perancamg sejak itu. Pada mlm 28/4/2021, haid saya mulai keluar sehingga hari ini( 9/5/2021). Saya agak risau kerana haid saya kali ini amat sedikit dan mengambil masa yang lama ( 12 hari termasuk hari ini). Ada kah ini kesan daripada saya berhenti makan pil perancang. Mohon doktor jelaskan. Terima kasih atas perhatian doktor kpd soalan saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Masalah tiroid
Tekanan
Gaya hidup aktif
Amalkan oemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.