
Anonymous
5 tahun
Haid tak behenti hampir 2 bulan
Saya wanita berumur 35thn, saya mengalami period yang tidak normal seumur hdp saya. Masalah sy berpjgn stiap bulan. Sjk 3thn ni haid sy dtg tnp bhti, bila hr ke 20 darah jd banyak dn berketul2. Mslhnya sy smp xtau mana 1 haid dn mana 1 drh penyakit sb sy sntiasa tidk dpt kesan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid berpanjangan. Antaranya ialah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih