
Sulit
3 tahun
Haid tak berhenti selama dua bulan
Anak saya berumar 11 tahun…dia mengadu haid tak berhenti selama dua bulan…apa harus sy lakukan…adakah masalah serius…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah period anak anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda mengalami ini, haid tak henti mempunyai beberapa punca, contohnya penyakit koagulopati, blangan platelet serum rendah, masalah pada kemaluan ataupun biasa bergantung pada berapa banyak pendarahannya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anak anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan