
rosliayanimdyusof
5 tahun
Haid tak datang selepas berhenti mengabil ubat perancang kelurga
saya berumur 42 tahun,telah mengambil ubat perancang keluarga selama 9 tahun.tapi pada bulan 5 saja berhenti mgambil ubat. masalahnya haid saya masih belum hadir sampai sekarang, tarikh akhir haid saya ialah 22hb 5, bila saya ujian kehamilan keputusannya negatif. Mohon pandangan doktor terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
SEbelum saya boleh membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi, terdapat beberapa perkara yang harus saya ketahui antaranya adalah tentang jenis ubat perancang yang anda ambil seperti pil, suntikan atau depo. Ini kerana ubat perancang kehamilan yang berlainan mempunyai kesan yang berlainan terhadap kitaran haid anda.
Antara punca haid lewat selain kehamilan adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.