
Anonymous
5 tahun
Haid tak kunjung tiba
Saya wanita, umur 23 tahun. Saya ada ambik pill perancang jenama Yaz dan terdapat 28 pill butir. Tarikh 28/07/19 saya dah minum pill yang ke 20 tapi tak haid masih belum tiba, bulan lepas saya haid tarikh 19/06/19. Adakah saya termengandung atau macam mana ya doc ? Sebab saya baru ada baby lagi tak nak pregnant dalam masa dekat ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Adalah perkara biasa bagi sesetengah pengguna pil perancang kehamilan untuk mengalami tempoh haid yang pendek atau kitaran haid terganggu. Namun begitu, jika puan ada tertinggal pengambilan pil atau mengalami kesan sampingan muntah-muntah selepas pengambilan pil dan menjalinkan hubungan dengan suami, anda mungkin perlu menjalankan ujian kehamilan.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut dengan farmasi kami. Terima kasih.