
Sulit
4 tahun
Haid tak tentu seperti selalu
Saya mula period 26/09…lepas tu sy period lg pd 5/10 dlm 4hari mcm tula…lepas tu period dtg lg pd 18/10 to hanya kepuar darah 1 Hari saja…
Sy juga ada rasa mual2,muntah beberapa Kali dlm sehari,dan rasa pening2 lalat mcmtu…Saya masih belum buat upt test…
Agak2 la apa masalah Saya ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid terjadi lebih lama daripada 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Berdasarkan simptoms yang telah anda nyatakan, anda digalakkan untuk melakukan “urine pregancy test” UPT atau juga dikenali sebagai ujian kandungan melalui air kencing. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih