
Sulit
4 tahun
Haid tak teratul n berterusan
Saya hidayah umur 34thun…sy mslah haid tk tratul.bru hbis haid dtg lgi berpnjangn smpai sni.jmpe g klinik ckp sy krng darah.bg ubat je…ape mslah ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid yang berpanjangan yang anda alami.
Untuk makluman anda, haid yang berpanjangan ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor am yang terdiri daripada sebab-sebab haid yang tidak teratur, antaranya ialah:
- Senaman yang berlebihan
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Obesiti
- Berat badan terlalu ringan
- Pemakanan yang tidak sihat dan kurang khasiat penting
- Kurang rehat atau tidur
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit dalaman seperti masalah pendarahan, kecederaan, jangkitan kuman, ketumbuhan jinak dan juga masalah tiroid.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!