
Sulit
5 tahun
Haid tak teratur dan berpanjangan
Saya wanita 22 tahun, saya mengalami period tak teratur pada umur 17 tahun. Dan period kadang tak datang hampir dua bulan, kalau datang haid melebihi 15 hari hampir sebulan. Bagaimana nak atasi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah anda ini, puncanya haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, berdasarkan penerangan yang anda berikan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.