Sulit
5 tahun
Haid tak teratur dan tak lawas
Saya wanita berumur 30 tahun. mempunyai 5 cahaya mata.
Masalah saya:
1.Last period saya adalah 14.3.20 dan yang terbaru adalah 1.5.20.
2. Untuk kali ni bila haid datang, tak lawas, darah berwarna merah coklat seakan akan haid di hari terakhir yang warna koko tu je. kalau di tambah haid untuk 3 hri ni tak sampai 1 pad pun.(warna darah haid tak sama seperti darah sebelum2 ni)
3.Hari 3 haid saya berase sakit seperti mencocok di bahagian ari2 sebelah kiri tapi cuma sekejap.normal ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sukar untuk saya membuat konklusi mengenai gejala yang anda hadapi akan tetapi, menurut pendapat saya ianya tidak normal. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Darah haid berwarna gelap berkemungkinan disebabkan aliran darah yang lambat atau ianya darah lama.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



























