
shakinahaskyra
5 tahun
Haid tak teratur selepas bersalin
Hi doktor , saya nak tanya … 10bulan lepas sy melahirkan anak yg pertama . lepas habis tempoh nifas , sy keluar darah period mcm biasa cuma tarikh tu x consistent mcm sebelum berkahwin . period sy jd x teratur semasa anak berusia 5 bulan . sebulan dtg lpas tu next months plak x dtg . skrg sy last priod 10/6/19 . july xda , now ogos sy cuma kluar cecair coklat kemerahan sedikit saja . keluar sikit sgt . harini kluar sikit esok xda kluar . lps tu keluar lg tp sgt sedikit . knp ya doktor ? boleh jelaskan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dilalui. Untuk pengetahuan anda, cecair coklat yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.