
Sulit
3 tahun
Haid terganggu selepas keguguran
saya wanita berumur 25 tahun … saya telah keguguran pda bulan 6 . dan telah dtg haid semula pda 20/7 . pda trikh kesuburan saya melakukan hubungan intim dan memakan postinor2 … selepas itu saya di vaksin pda 6/8 … pertanyaan saya . haid saya lewat lebih kurang 2hari mgikut tarikh … ada kah ianya normal selepas keguguran …

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Anda memaklumkan bahawa anda mengalami keguguran pada bulan 6 dan kini anda mengalami haid lewat selama 2 hari. Untuk pengetahuan anda, selepas keguguran, kebanyakan wanita mengalami perubahan pada kitaran haid mereka. Ini adalah sesuatu perkara yang normal disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Anda juga pernah mengambil pil perancang kecemasan postinor. Salah satu kesan sampingan ubat ini adalah haid terlewat. Ini juga boleh menjadi punca haid lewat anda. Oleh itu, anda tidak perlu risau mengenai masalah ini. Namun, jika masalah ini berterusan sila rujuk kepada doktor pakar sakit puan supaya anda dapat dibantu. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan