
Sulit
4 tahun
Haid terlalu lama dan sakit kepala
Sya suda haid dlm 2 bulan Dan sakit kepala kerana kekurangan darah. Saya jga ada anemia. Bolehkah saya makan ubat seperti soluble, actifast atau paracetamol?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid berterusan sehingga 2 bulan. Untuk makluman anda, masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mendapatkan jenis rawatan dan ubat yang sesuai diambil, anda perlu berjumpa doktor terlebih dahulu bagi tujuan pemeriksaan fizikal.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti rasa hendak pitam, pening kepala atau sakit senggugut yang hebat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!