
Anonymous
5 tahun
Haid terlewat 10hari disangkakan Hamil
Hai Dr, saya wanita berumur 24tahun dan suami saya berumur 25 Tahun kami tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan , saya juga mempunyai haid yang teratur dan tidam pernah terlewat. Pada bulan lalu iaitu bulan jun haid saya tiada dan sudah terlewat selama 10hari, Saya dan suami bersangka saya hamil tetapi pada hari ini tiba-tiba ada darah saya keluar dan membuat perut saya berasa cramp. Darah tersebut seperti haid yang selalu saya alami. Apakah maksudnya dr adakah saya hamil atau sebaliknya? Saya mohon penjelasan dari pihak Dr untuk menjelaskan kepada saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Tekanan Emosi
(Masalah emosi boleh menyebabkan haid tidak teratur) - Ubat-ubatan
(Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu) - Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak, Ujian kehamilan boleh dilakukan di rumah seperti UPT. Anda juga boleh memeriksa tanda-tanda kehamilan. Sila klik pada link tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.