Sulit
5 tahun
Haid tiada hampir setahun
Assalamualaikum dr.saya 25 tahun and belum berkahwin pada tahun 2018 saya hanya didatangi haid 2 bulan sekali and tempohnya hampir dua minggu. Tetapi sejak desember 2018 sehingga sekarang jan 2020 saya tidak didatangi haid lagi…apa perlu saya buat untuk ke hospital swasta saya takut charge yang dikenakan terlalu mahal…saya peenah pergi ke klinik kesihatan n dr meminta saya utk hadir semula dengan detail kitaraan period sebelum ini and sangat sukar utk saya sediakan memandangkan sudah bertahu n tidak ingat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.

























