
Sulit
5 tahun
Haid tidak berhenti hampir 3 bulan
Salam sejahtera doc. Saya wanita berumur 25 thn dan masih belum berkahwin. Saya ingin bertanya berkenan period saya yg masih belum berhenti semenjak 29 mei yg lalu . Saya sudah pergi ke klinik swasta dan juga kerajaan. Tapi memandangkan appoinment agak lambat lagi saya sangat risau dgn keadaan period saya yg semakin banyak berbanding sebelum ini. Semasa di klinik swasta doc ada beritahu bahawa kemungkinan saya ada penyakit ‘endomitriosis’ tapi belum dapat dipastikan lagi. Malahan sebelum itu juga saya ada pergi check tapi doc itu beritahu bahawa saya ada fibroid. Jadi saya tak pasti masalah apa yg sedang saya hadapi ni. Dan saya jadi was nak solat sbb darah saya berwarna merah kehitaman berbanding sblm ini hanya spotting hitam sahaja. Saya tiada muntah2 atau sakit apa2 cuma darah period saya sahaja tak berhenti. Apakah tindakan yg saya perlu buat untuk masalah saya ini doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini memerlukan siasatan yang terperinci bagi mengenalpasti punca permasalahan yang dihadapi anda. Beberapa perkara boleh menyebabkan haid berpanjangan seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - jika terdapat gejala lain seperti sejarah kekeluargaan, hilang berat badan dan keputusan ujian “pap smear” positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat jenis NSAID
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda seperti badan berasa lemah, sakit perut yang luar biasa dan sesak nafas, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.