
Sulit
3 tahun
Haid tidak berhenti
Saya wanita berusia 22 tahun, darah haid saya tidak berhenti semenjak akhir 2020 sampai sekarang 8/8/2021, saya buntu dengan darah yang keluar setiap hari tanpa henti. Mohon penjelasan

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala haid berpanjangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda,masalah haid yang banyak dikenali sebagai menorrhagia adalah aduan kerap di klinik pakar sakit puan. Menorrhagia ditakrifkan sebagai pendarahan haid lebih daripada 80 ml dalam kitaran haid atau mempunyai tempoh haid lebih dari tujuh hari. Tanda-tanda lain untuk menorrhagia ialah keperluan untuk menukar tuala wanita setiap jam, kehadiran pembekuan darah yang lebih besar dari 2.5 cm atau pendarahan melalui pakaian atau tempat tidur
Antara punca berlakunya darah haid yang banyak ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Punca haid berpanjangan pula adalah:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Aliran haid yang banyak adalah masalah yang perlu dirawat kerana komplikasi yang boleh berlaku sekiranya kehilangan darah berlebihan. Contoh-contoh komplikasi termasuk anemia (kekurangan darah merah) dan masalah jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat. Rawatan bagi pendarahan berat adalah bergantung kepada punca pendarahan tersebut.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall