Sulit
2 tahun
Haid tidak datang 2 bulan, tetapi utp, negative
Saya berumur 21 tahun. saya tidak datang period sudah 2 bulan. sudah melakukan upt, tetapi hasilnya negatif. saya cuba ambil ubat lancarkan period, tetapi tiada hasil. saya risau. apakah langkah yang boleh saya lakukan lagi? terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah tidak datang haid selama 2 bulan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- gangguan hormon
- hamil
- PCOS
- masalah kelenjar tiroid
- prolactinoma
- alat mencegah kehamilan
- kesan sampingan ubat ubatan
Jika anda masih risau tentang keadaan haid anda, atau jika anda mengalami gejala lain seperti pendarahan haid yang banyak, pendarahan faraj yang tidak menentu masa, demam panas atau sakit senggugut yang serius, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor dengan secepat mungkin. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.