Sulit

3 tahun

Haid tidak datang pada waktunya dan lewat

saya dan teman wanita saya berumur 22 tahun telah melakukan oral seks dimana dia menghisap kemaluan saya. selepas itu, bila tiba hari sepatutnya dia datang haid, tak datang dan telah melebihi 40 hari kitaran. adakah ini kesan akibat oral seks tersebut? dia juga ada memberitahu bahawa dia juga tidak pasti samaada ada tertelan air mazi ke tak masa oral seks disebabkan basah. saya juga ingin bertanya adakah air mazi boleh membuatkan hamil? begitu juga dengan air mani. apa yang perlu dilakukan? haid pada bulan - bulan sebelumnya juga dia beritahu bahawa terlewat salam 2/3 hari dan mendapat kitaran 35 hari. bantu saya doktor, terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham kebimbangan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, seks oral sahaja tidak akan menyebabkan kehamilan dan mengubah kitaran haid seseorang wanita.

Untuk seseorang wanita hamil, air mani atau sperma perlu dilepaskan di dalam faraj untuk sperma berenang menuju ke ovum dan wanita pula perlu berovulasi semasa melakukan hubungan seksual. Air mani sudah semestinya akan bercampur dengan sperma. Manakala air mazi pula merupakan pelincir dan ianya tidak mengandungi sperma, walau bagaimanapun, sperma boleh terlepas ke dalam air mazi dan ia juga mempunyai risiko untuk menyebabkan kehamilan.

Untuk maklumat anda, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 ke 34 hari dan alirannya pula di antara 2 ke 7 hari. Sekiranya haid beliau kurang atau lebih daripada julat yang dinyatakan atau pertama kali mengalami masalah haid lewat, ia memerlukan perhatian daripada doktor.

Berikut merupakan antara sebab yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah haid lewat:

  • Kehamilan
  • Tekanan emosi atau stres
  • Masalah sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
  • Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
  • Penggunaan ubat-ubatan seperti pil perancang atau kaedah perancangan keluarga yang lain

Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa beliau mengalami masalah haid lewat. Saranan kami adalah beliau perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.

AdobeStock_54740435

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)