
Sulit
3 tahun
Haid tidak datang selama dua bulan macam nak selesaikan masalah ini
Saya berumur 15
Sudah 2 bulan saya tidak haid
Saya sering batuk
Dan sering tertekan
Bagaimana saya nak selesaikan masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan anda mengalami masalah ini buat masa yang lama.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda boleh lakukan beberapa perkara ini sebagai ikhtiar untuk mengembalikan kitaran haid anda:
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan pemakanan yang seimbang
- Menurunkan berat badan
- Elakkan dari perkara yang membuatkan anda tertekan atau stres
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.