Sulit
6 tahun
Haid tidak datang selama lima bulan
saya remaja 15 tahun dan baru buat pertama kali nya datang haid 5 bulan lepas selama 8 hari selepas bulan itu saya terus tidak datang bulan dan saya ingin kepastian kenapa kerana saya tidak mengambil sebarang ubatan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal bagi remaja (bawah 18 tahun 1hari) adalah sedikit berbeza daripada wanita dewasa yang mana pada remaja, kitaran haid yang normal adalah setiap 21 sehingga 45 hari. Pada remaja juga, kitaran haid belum teratur sehinggalah 6 tahun setelah mendapat haid yang pertama. Seandainya haid anda masih belum keluar setelah 45 hari, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Paksi hormon belum matang
- Anovulasi hiperandrogenik - sejenis ketidakseimbangan hormon
- Coagulopathy - masalah perdarahan
- Disfungsi hipotalamus - yaitu satu bahagian daripada otak
- Hyperprolactinemia - hormon susu (prolaktin) meningkat
- Penyakit tiroid
- Penyakit pituitari - bahagian otak yang memproduksi hormon
- Primary ovarian insufficiency yaitu apabila ovari kehilangan fungsi diusia terlalu muda
- Akibat ubatan
- Jangkitan seksual
- Kanser
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























