
Sulit
5 tahun
Haid Tidak Datang Sudah Satu Bulan
Kali terakhir datang haid 11/7/19…sekarang 10/8/19…adakah hamil??masih boleh cegah jika ambik postinor2??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid normal adalah 21-35 hari dan tempoh datang haid normal adalah 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Kehamilan
Sekiranya anda ingin mengetahui status samada anda hamil ataupun tidak, anda boleh melakukan ujian kehamilan. Pengambilan Postinor 2 perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan dan hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam 1 kitaran haid. Ia tidak boleh digunakan sekiranya disahkan hamil kerana boleh membahayakan nyawa kandungan dan anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.