Anonymous
4 tahun
Haid tidak datang tetapi lendir seakan hitam atau coklat yang keluar. Tiada darah
Saya berumur 24 tahun, berat 94 tinggi 162. Saya mempunyai masalah tidak datang haid hampir 4 bulan dan ini adalah kali pertama haid saya tidak datang selama berbulan bulan. Saya risau tentang masalah ini. Dan harini waktu saya sedang buat kerja, saya rasakan tidak selesa di bahagian bawah. Rasa seperti didatangi haid tapi saya kecewa bila saya lihat ianya hanyalah tompokan cecair coklat. Apabila saya buang air kecil ada lendir seakan coklat atau hitam saya tak pasti yang keluar ketika saya kencing. Dan tiada darah pun yang keluar sekiranya ianya betul darah haid. Minta pandangan doktor tentang apa yang berlaku pada saya ni. Thank you.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bardasarkan keterangan yang anda berikan, cecair coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.