Sulit
5 tahun
Haid tidak datang tetapi sakit perut dan pinggang
Saya wanita masih bujang dan tidak pernah melakukan hubungan seksual… Saya sudah sebulan tidak dtg haid tetapi perut saya sakit kadangkala terasa pedih smpai kedada mcm kembung dan selalu kentut dan sendawa. Kadang-kadang pinggang pon sakit sekali.adakah perkara ini akan menganggu kitaran haid saya?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami kemungkinan boleh berkait dengan haid tidak teratur ataupun tidak. Kemungkinan ia adalah gejala yang anda alami adalah disebabkan masalah lain. Untuk mengetahui punca haid tidak teratur pemeriksaan dan maklumat lebihan perlu diperolehi. Untuk pengetahuan anda, haid tidak teratur boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























