Sulit
5 tahun
Haid tidak hadir selama sebulan
Saya wanita 18 tahun dan ingin menderma darah buat kali pertama pada esok hari. Adakah saya boleh kerana kitaran haid saya tidak normal lagi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Anda boleh menderma darah pada keesokan hari jika anda tidak mengalami masalah seperti darah merah yang rendah, anda sedang datang haid, tekanan darah anda rendah, mengalami pening, loya dan hendak pitam sewaktu darah sedang diambil. Anda juga tidak boleh menderma jika anda menghidap penyakit seperti hepatitis B, C, HIV dan sebagainya.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain dari kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























