
Anonymous
5 tahun
Haid tidak henti sejak beberapa bulan yang lalu
Saya wanita berumur 26 tahun. Masih belum berkahwin. Saya ad sedikit keresahan. Saya mengalami datang bulan yang tidak menentu. Masalah bermula hujung tahun 2018. Sekitar April 2019 saya mengalami datang bulan yang kerap dan tidak berhenti lebih 20 hari. Selepas itu akan nampak spotting dan datang bulan lagi. Situasi itu berlaku sehingga sekarang. Saya pergi klinik, untuk pemeriksaan, doktor beritahu hanyalah masalah hormon. Saya rasa amat tertekan. Mohon bantu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tanpa henti anda boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, Sindrom Polisistik Ovari atau masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak dapat diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.