
Sulit
3 tahun
Haid tidak normal dan berketul ketul
hai…doc sy lina berumur 33 tahun sdh berkahwin dn mempunyai 2 org anak…selepas ank bungsu brumur 1 tahun sy x lg makan pill perancang n lepas sy stop makan haid sy x teratur smpai la sekarang ank sy bumur 13th…pada bulan oktober/nov 2020 last sy haid n haid semuala pada 4hb april…haid sy x banyak sangat seakan normal haid tapi bila macam mau habis darah dah coklat esok²nya darah merah mcm haid yg pertama…kadang haid xda 2-3 hari kemudian dtg semula…tapi x banyk mcm haid normal kadang berketul²…kadang ketualnya besar kadang ketualan yg kecil²…sy sdh bjumpa doc…doc bg ubat berhenti darah tapi x bhenti jga sy cek kat hsptal doc cek air kencing takut sy hamil tp nagtv cek darah tp x puasa doc ckp ok jga esok² doc ckp dah x da dah darah tu ok tu…xda apa2 jga tu darah sy ok jga doc ckp…sy cek dah xda darah…malam td sy bhungn intim dgn suami…ok xda darah pn yg keluar…malam tu…ke esokanya sy bangun pergi tandas mau kuncing…ttba keluar darah dn bketul besar…n mcm darah haid banyak begerak banyak la keluar darah tu…pada pendapat doc apa yg perlu sy bt…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah pendarahan haid berketul boleh disebabkan oleh beberapa perkara antaranya;
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!