
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur dan datang hanya darah warna coklat dengan kuantiti sedikit
Datang haid normal pada Jan20…lepas tu 2bulan tak datang haid…april datang haid tp darah coklat sahaja dalam kuantiti sedikit…sama juga untuk bulan Mei…Bulan Jun tak datang haid lagi dan leeat eminggu

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebelum rawatan boleh diberi, punca masalah anda haruslah diketahui. Hal ini kerana haid tidak teratur boleh disebabkan oleh masalah kesihatan serius atau perubahan fisiologi badan yang normal. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. SImptom yang lain termasuk bulu yang tebal atau lebat tumbuh di muka dan badan serta masalah kencing manis.
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Oleh itu, saya sarankan anda kenalpasti perkara yang menyebabkan anda tertekan jika ada, bersenam 30 min setiap hari boleh melancarkan kitaran haid, makan makanan yang sihat kerana makanan segera akan mengganggu kitaran haid. Jika masalah anda masih berterusan, saya sarankan anda mendapatkan pemeriksaan bagi mengecualikan masalah struktur pada rahim, ovari dan sebagainya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.