
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur. Haid datang setahun sekali
Saya wanita berusia 23 tahun. Dan haid saya sudah berhenti. Ada kah saya boleh mengandung jika haid tidak datang? Bagaimana cara supaya saya boleh mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kembali kepada soalan anda, syarat untuk terjadinya kehamilan adalah berlakunya pertemuan antara sperma dari lelaki dan juga ovum dari perempuan. Jika ianya terjadi, anda akan mengalami beberapa tanda-tanda pasti kehamilan antaranya adalah tidak datang haid untuk beberapa bulan. Sperma mempunyai tempoh hayat yang tertentu jika dibiarkan di luar tubuh.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor