Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur lebih dari 10 hari
Hi doctor, say seorang wanita yang belum berkahwin. Pada 23.05.2020 adalah hari saya datang haid. Selepas 31.05.2020 saya mendapati bahawa saya telah bersih dari haid. Namun bagaimanapun saya menyedari pada 02.06.2020 terdapat sedikit ketulan seperti haid berwarna coklat dan saya mengalami sakit perut. Sehinggalah hari ini saya terlihat seperti saya masih dalam haid kerana terdarah yg seakan akan haid semula. Adakah ia normal kerana harinsebelum saya ada pergi berjogging?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur adalah:
- Masalah polycystic ovarian syndrome (turut mempunya masalah ‘hisutism’)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.



























