Sulit
7 tahun
Haid tidak teratur lepas makan pil perancang
Saya berumur 24tahun , saya makan pil noriday semasa umur anak saya sebulan tapi selepas saya makan pil perancang , saya tidak datang haid sehingga sekarang . Umur anak saya sekarang 5bulan tapi saya masih tidak datang haid . Apakah itu normal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, efek samping konsumsi ubat Noriday, yaitu sejenis pil perancang kehamilan adalah terdiri dari
- kitraran haid yang tidak teratur beberapa bulan pertama terapi
- pendarahan vagina
- gangguan haid seperti haid terlewat ataupun tidak datang haid
- ketidakselesaan payudara
- gejala pencernaan seperti mual, muntah
- kemurungan
- keletihan
- ketakutan
- gangguan selera makan
- perubahan berat badan
Tambahan lagi, sekiranya anda sedang menyusukan bayi anda, haid anda tidak akan kembali beberapa bulan selepas bersalin. Ini kerana hormon yang menyebabkan anda membuat susu, yaitu prolaktin, juga menghalang anda daripada ovulasi dan menstruasi. Oleh itu, jika anda menyusukan bayi anda siang dan malam, biasanya akan mengambil masa satu tahun sebelum haid anda kembali. Maka, kemungkinan untuk tidak haid semakin besar, memandangkan Noriday boleh memberi efek terhadap kitaran haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































