
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur selama beberapa bulan
Saya wanita berumur 20-an. Saya tidak pasti bila kali terakhir saya datang haid mungkin bulan 6@7 dan sehingga bulan 10 ini saya belum datang haid juga. Haid tidak teratur saya sudah sering berlaku dlu 4 bulan saya tidak datang haid. Saya tidak pernah melakukan hubungan tetapi saya hampir setiap sering bermain sendiri. Adakah ini ada kaitan dengan penyakit PCOS? Sebab saya ada terbaca hal itu tentang hormon dan membawa kepada pasal PCOS ini. Malah, kadangkala akan tumbuh seperti jerawat atau benjolan di alat sulit saya. Mohon beri penjelasan doktor.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan atau menurunkan berat badan secara ketara (bersenam berlebihan)
- Kesan pengambilan sebarang ubat seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista ovari, PCOS, radang pelvis dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Jerawat atau benjolan di alat sulit juga boleh disebab oleh perkara-perkara di atas. Selain itu, tingkah laku onani, main sendiri tidak akan menyebabkan gejala haid tidak teratur.
Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, supaya dapatkan penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.