
Sulit
4 tahun
HAID Tidak Teratur Selang ¾ Bulan Baru Haid
Hai Doc,Saya remaja perempuan 15 tahun dan saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur, selang 3/4 bulan saya hanya haid sekali saja…first time dtg bulan time umur 12 pastu selang setahun dah takde haid, tapi pada umur 13 haid dtg balik,pastu di sana lah haid mula x teratur sehingga sekarang, saya dah tanya kat kawan-kawan dan saudara2 pastu smuanya kata itu simptom MANDUL…so saya takut yang saya nie betul2 MANDUL xde keturunan,Doc pliss give some advice bout’that.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!