Anonymous
6 tahun
Haid tidak teratur selepas makan ubat perancang
Saya ada makan ubat perancang ORALCON.Apabila ubat tersebut habis, biasa nya saya akan datang haid dalam masa 2-3 hari.Tetapi jikalau saya tidak meneruskan untuk makan ubat Oralcon,haid saya akan datang lagi.Adakah masalah itu normal?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Pil perancang keluarga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Namun demikian, kesan-kesan sampingan pil perancang keluarga adalah jarang dan kebanyakan wanita yang menggunakan pil perancang tidak mengalami sebarang masalah. Contoh kesan-kesan sampingan adalah loya, muntah, pening, kembung perut, sakit kepala, sakit payu dara dan emosi yang kurang stabil. Salah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama adalah perdarahan haid yang tidak teratur, haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan (breakthrough bleeding) dan perdarahan haid yang lebih daripada biasa.
Kondisi ini berlaku kerana badan anda sedang menyesuaikan diri kepada paras hormon yang baru di dalam badan anda. Kejadian ini adalah normal dan bukannya tanda penyakit atau tanda pil hormon yang tidak berkesan. Biasanya selepas 3 bulan, perdarahan haid yang tidak teratur itu akan berhenti dengan sendiri. Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil perancang dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor.
Jika kondisi ini berterusan lebih dari 3 bulan dan anda menggunakan pil perancang dengan betul, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pil yang lebih sesuai boleh diberikan kepada anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih


































