
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur semenjak pertama kali haid
Saya wanita berumur 22 tahun dan saya penghidap period tidak teratur. Kadang bulan ni saya period dan kemudian bulan hadapannya saya tidak period. Untuk bulan lalu saya tidaK period tetapu pada awal bulan ini terdapat darah hitam keluar tetapi hanya untuk masa yang sekejap kemudian dia berhenti keluad. Untuk pengetahuan doktor saya penghidap talesmia dan memiliki tubuh yang terlalu kurus. Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, Thalassemia dapat mempengaruhi kitaran haid bagi wanita. Kandungan zat besi (iron) yang tinggi dalam badan memberi impak kepada kelenjar pituitari. Ini menjadi penyebab kepada lambat haid pertama atau masalah tidak haid bagi remaja perempuan. Bagi mengatasi masalah ini memerlukan pemeriksaan lebih lanjut daripada doktor agar rawatan seperti terapi pengganti hormon dapat diberikan sekiranya perlu bagi pesakit. Namun, kami tidak menolak kemungkinan bahawa haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!