
Sulit
5 tahun
Haid tidal seperti biasa
Hi, Saya Wanita berumur 30tahun. Sudah berkahwin tidak mempunyai anak. Kitaran Haid saya biasa ye Normal. Setiap bulan OK. Cuma kadang2 lambat sedikit. Ini biasa. Kebiasaan ye 5hari. 3hari darah biasa. 1day heavy, 2medium, 3light.
Kali ini sangat berbeza.
Haid saya datang lebih kurang jam 7petang Khamis 23/04/2020, darah keluar merah serta tidak heavy seperti biasa sehingga hari Jumaat. Just medium heavy.
Pada Hari Sabtu, hanya ada beberape tompokan hitam sahaja pada pad. Hari A had seperti dah bersih begitu juga pada hari Isnin.
Selain itu, sejak saya datang Haid pada 23/04/2020 sehingga hari ini, saya mengalami kekejangan perut yang teramat sakit, pening, angin dalam badan banyak, Dan pembuangan najis tidal stabil (seperti najis cirit birit tapi tidak perlu sentiasa ke tandas, hanya membuang 1@2kali sehari)
Harap doktor boleh Bantu saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran yang normal adalah 21-35 hari dengan tempoh datang haid 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda adalah tidak normal.
Saya dapati pada mulanya anda mengalami masalah spotting (keluar cecair coklat) untuk tempoh masa yang lama. Masalah ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluat cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan penjelasan di atas adalah tidak mencukupi untuk kami membuat diagnosis. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.