
Sulit
3 tahun
Haid x berhenti lebih dr 2minggu dan sekarsng keluar darah berketul2 besar. Saya risau apakah itu penyakit
Saya wanita berusia 20thun mslah yg saya alami adlah haid x berhnti lebih dr 2minggu dan skrg kluar darah berketul2 besar. Bila darah berketul. Besardh kluar perut tersa legah. Apakah yg sya alami ni penyakit serius ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Oleh kerana maklumat yang diberikan oleh anda tidak mencukupi untuk kami membentuk sesebuah diagnosis yang tepat, kami akan menjawab soalan ini secara umum mengenai punca-punca haid berpanjangan.
Antara punca-puncanya adalah :
- Berat badan berlebihan
- Masalah fibroids
- Sista ovari
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Penggunaan pil perancang
- Keguguran
- Masalah tiroid
- Sejarah pendarahan abnormal
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan mengenai masalah anda kerana haid berpanjangan boleh mendatangkan komplikasi seperti anemia. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar sakit puan kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan