
Sulit
4 tahun
Haid xdtg selama 3 tahun
Hye doktor. Saya wanita berumur 24 tahu. Saya nak tanya. Saya ada masalah period dimana hampir 3 tahun lebih period xdtg. Saya pernah cek dr, buta ultrasound dr kata ovari belah kiri kecil dari belah kanan. Lpastu 1 tahun kemudian saya bt MRI dr kata ovari sata tidak kelihatan. So saya xtau sebenarnya ovari saya ad ake tiada?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda. Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu tidak datang haid setelah sekian lama.
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Sindrom polisistic ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Kegagalan ovari (ovarian failure)
- Masalah dengan kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon yang memainkan peranan dalam kitaran haid
- Selaput dara yang tidak berlubang (imperforated hymen)
- Struktur anatomi rahim yang tidak normal
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Walaupun begitu, kami tidak dapat memberikan diagnosis kerana anda perlu diperiksa oleh doktor.
Jika anda mempunyai persoalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.