
Sulit
3 tahun
Haid yang banyak dan lama
Anak perempuan saya berumur 10 tahun. Pada 2 Mac 2021, dia mendapat haid pertama. Setiap kali haid, mengambil masa 15 - 17 hari dan kitaran setiap haid pada setiap bulan adalah dalam 24 hari.
Adakah ianya normal bagi anak perempuan berumur 10 thn mengalami haid yg lama dan banyak? Perlukah berjumpa doktor?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami anak anda mempunyai masalah haid yang berpanjangan. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, haid yang tidak teratur atau berpanjangan adalah antara perkara yang biasa berlaku dalam tahun pertama apabila seseorang perempuan mengalami haidnya yang pertama. Namun haid yang berpanjangan dan tidak teratur boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
Gejala haid tidak teratur dan berpanjangan juga boleh berlaku akibat masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.