
Sulit
4 tahun
Haid yang berlebihan hari
Umur saya 19 sudah mempunyai dua orang anak…anak pertama saya lahir 2017 dan anak kedua 2019 saya bersalin secara normal lepas bersalin saya mengambil perancang depo semasa mengambil depo saya mengambil masa 3 bulan untuk datang haid balik haid saya teratur tapi sekarang saya sudah 9 bulan tidak ambik suntikan depo haid hari sudah berlebihan hari selama 17 hari darah tak banyak adakah ini normal

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, haid yang berpanjangan selama 17 hari ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor am yang terdiri daripada sebab-sebab haid yang tidak teratur seperti:
- Senaman yang berlebihan
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Obesiti
- Berat badan terlalu ringan
- Pemakanan yang tidak sihat dan kurang khasiat penting
- Kurang rehat atau tidur
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit dalaman seperti masalah pendarahan, kecederaan, jangkitan kuman, ketumbuhan jinak dan juga masalah tiroid.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!