Anonymous
6 tahun
Haid yang berlebihan
Makan dupshaton untuk turun darah,tetapi darah yg turun terlalu banyak,sehingga 1 jam kena tukar pad…adakah berbahaya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Lazimnya duphaston digunakan untuk melegakan simptom;
- sakit ketika haid
- sakit PMS
- tiada darah haid
- endometriosis
- darah haid tidak turun
- ubat untuk terapi gantian hormon
Sekiranya puan berterusan mengalami darah haid turun berlebihan sehingga puan mengalami simptom seperti berikut:
- sakit kepala dan rasa kepala ringan
- rasa letih dan tidak bermaya
- rasa mahu pitam
- pendarahan banyak melebihi 500 ml dan tidak berhenti
Segeralah berjumpa dengan pakar perubatan untuk tindakan susulan sekiranya anda mengalami simptom di atas. Selain itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.


























