
Sulit
3 tahun
Haid yang berpanjangan 3 kali dalam sebulan
Saya wanita yang berumur 21 tahun. Saya selalu datang haid dalam sebulan 3 kali. Ianya akan datang juga dalam setahun sekali. Tetapi haid saya normal je macam biasa datang setiap bulan cuma kadang kadang haid 3 kali dalam sebulan. First Saya menghidap haid ini adalah semasa umur 15 tahun dahulu dan kali ke 2 saya datang haid 3 kali dalam sebulan adalah tahun 2017 dan kali ke 3 saya jadi macam itu pada tahun ini 2021. Bila saya di serang haid 3 kali dalam sebulan ni saya mesti demam mual dan lemah badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.