
Sulit
4 tahun
Haid yang Berpanjangan dan berketul
Hai Doctor.
Saya mengalami masalah haid yang berpanjangan sejak dari zaman sekolah. Sekarang umur saya 30 tahun.Biasanya akan ada satu masa, period saya banyak dan berketul sehingga saya anemia (bukan setiap bulan terjadi). Sepanjang saya mengalami masalah ini, sudah 4 kali saya dimasukkan ke wad (2007,2016,2018,2020), dan masuk darah. Saya juga sudah beberapa kali di discharged dari monthly checkup Gynae. Sepanjang rawatan Doc scan rahim, doc kata rahim saya normal, tiada masalah.Doc cuma mengatakan yang saya mempunyai masalah hormon. Doc ada berikan saya pil hormon (Privera,Yasmin) dan ubat berhenti darah (Tranexamic Acid). Saya makan buat beberapa cycle. Tapi disebabkan bila makan ubat tersebut, saya mengalami senggugut yang teruk, saya minta utk tidak teruskan lagi. (saya yang normal tidak mengalami senggugut teruk).Yang menjadi masalah, sejak PKP. Period saya berpanjangan setiap bulan sehingga ada masa berketul-ketul yang banyak sampai ada masa saya lost track period atau pon istihadah.Saya juga baru mendirikan rumah tangga sewaktu PKP 1 tahun lalu, ada perancangan untuk mempunyai anak. Bila period berpanjangan, sukar utk saya mengenal pasti waktu subur saya. Apa yang patut saya lakukan? Atau supplement apa yang saya boleh consume? Saya juga taknak terlampau bergantung pada ubat berhenti darah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti rasa hendak pitam, pening kepala atau sakit senggugut yang hebat. Sebarang suplemen perlu mendapatkan pengesahan atau nasihat doktor yang merawat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!