
Sulit
5 tahun
Haid Yang Berpanjangan dan Tidak Menentu
Saya remaja berumur 18 tahun dan saya mengambil suntikan steroid untuk keloid kerana kesan kemalangan. Adakan ia menganggu masalah hormon saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut. Untuk pengetahuan anda, penggunaan suntikan steroid untuk masa yang lama boleh menyebabkan haid yang tidak teratur, berpanjangan dan banyak, kadang-kala. Masalah haid berpanjangan ini boleh juga disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.