
Sulit
4 tahun
Haid yang berpanjangan dan tidak teratur
Hi, saya wanita berumur 21 tahun. Saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Bila datang haid akan menjadi berpanjangan. Seminggu awal haid keluar darah coklat, manakala seminggu lagi keluar darah haid. Adakah itu ade masalah wanit yang teruk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda mempunyai gejala kekurangan darah yang disebutkan di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Lemah dan lesu badan
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Dada berdebar
- Sesak nafas
- Pitam atau hampir pitam
Untuk maklumat anda, warna darah haid boleh menjadi merah pekat sehingga ke coklat kehitaman. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami tentukan sama ada gejala yang dialami oleh anda adalah teruk ataupun tidak berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid yang berpanjangan Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.