
Sulit
4 tahun
Haid yang berpanjangan lebih dari 2 minggu
Saya wanita 30an, saya ada ambil suntikan perancang, sekarang ini saya mengalami haid yang berpanjangan sudah hampir 2 minggu, selama ini saya ambil suntikan tiada masalah yang berlaku. Boleh saya tahu adakah merbahaya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah haid berpanjangan, seperti:
- Polip rahim
- Fribroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Kanser rahim atau serviks
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai masalah yang anda sedang alami.
Berikut pula merupakan antara kesan sampingan perancang melalui suntikan:
- Jerawat
- Kenaikan berat badan
- Gangguan kitaran haid
- Pening atau ringan kepala
- Perubahan mood
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah, sila berjumpa doktor segera:
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Pendarahan tersebut mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
- Pitam
- Pucat
- Lemah badan
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut supaya rawatan dapat diberikan dan juga berbincang dengan doktor berkenaan teknik perancangan keluarga yang lain sekiranya perancangan melalui suntikan tidak sesuai dengan anda.
Alternatif lain, anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor pakar kami. Terima kasih.