
Sulit
5 tahun
Haid yang berpanjangan sehingga melebihi 2 bulan
Saya wanita berusia 33 tahun… belum berkahwin tetapi penah melakukan hubungan seksual… haid saya mula dtg sejak bulan june 2019 sampaila sekarang… kalau berhenti pun cuma 3 atau 4 hari kemudian haid datang kembali… apa yang perlu saya lakukan dan apakah ini simptom kepada penyakit yang serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks - sekiranya mempunyai sejarah keluarga, jangkitan virus HPV atau keputusan pap smear positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.